Tuesday, August 28, 2012

28/8: PENGUMUMAN JEMAAH KABINET YANG PERTAMA SELEPAS MERDEKA

28-08-1957


Tunku  Abdul  Rahman  Putra,  Ketua  Menteri Persekutuan Tanah Melayu dalam  satu persidangan  akhbar di Kuala Lumpur telah mengumumkan  mengenai  anggota jemaah yang  bakal  menduduki  Kabinet  selepas  Persekutuan  Tanah  Melayu  mencapai kemerdekaan  pada  31  Ogos  1957.  Ia  melibatkan  perubahan ke atas   kesemua  ahli-ahli   kabinet yang sedia  ada.

Antara  yang  menganggotai  Kabinet  baru  yang  dicadangkan  oleh  Tunku ini  ialah;
Dato' Abdul Razak bin Hussein (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan);
Kolenel Sir Henry Han Shik Lee (Menteri Kewangan);
Encik Sulaiman b. Dato'  Abdul Rahman  (Menteri Dalam Negeri dan Keadilan);
Encik Tan Siew Sin (Menteri Perniagaan dan Perusahaan);
Encik V.T. Sambanthan  (Menteri Kesihatan);
Encik  Mohamad  Khir  Johari  (Menteri Pelajaran);
Encik  Ong Yoke Lin (Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat);
Encik Abdul Rahman b. Hj. Taib (Menteri Pengangkutan);
Encik Bahaman Samsudin (Menteri Hasil-hasil Bumi);
Encik Abdul Aziz Ishak (Menteri Pertanian);
Encik Sardon Hj. Jubir (Menteri Kerja, Pos dan Talikom); dan
Dr. Ismail b. Dato' Abdul Rahman. Menteri Mutlak (Tidak Berjawatan) dan Wakil ke Bangsa-bangsa Bersatu serta Duta ke Washington.

No comments:

Post a Comment