Waris kepada takhta DiRaja Britain Prince of Wales, Putera Charles dengan rasminya bercerai dengan Puteri Diana setelah empat tahun tinggal berasingan.
Putera Charles dan Lady Diana Spencer, seorang guru Bahasa Inggeris berkahwin pada 29 Julai 1981, dimana hampir satu bilion penonton televisyen dari 74 buah negara menyaksikan perkahwinan mereka. Majlis perkahwinan mereka diadakan di St. Paul's Cathedral dengan kehadiran 2650 tetamu.
Mereka telah dikurniakan dua putera, iaitu putera pertama mereka, Putera William, dilahirkan pada tahun 1982, dan putera yang kedua ialah, Putera Harry yang dilahirkan pada tahun 1984.
Sebelum penceraian secara rasmi dibuat, Putera Charles dan Puteri Diana pernah mengumumkan perpisahan mereka pada tahun 1992. Walaupun begitu kedua-duanya masih menjalankan tanggungjawab mereka dalam tugas-tugas rasmi diraja dan istana. Kesan daripada penceraian tersebut, Puteri Diana tidak lagi menggunakan gelarannya "Her Royal Highness".
No comments:
Post a Comment