28-08-1955
Satu keraian bagi merayakan bandar Kuantan sebagai Ibu Negeri Pahang telah diadakan pada hari tersebut. Ini merupakan satu kejayaan memindahkan ibu negeri Pahang dari Kuala Lipis ke Kuantan. Sambutan perayaan ini didahului dengan upacara perbarisan khas Batalion ke 6 Regimen Melayu dan anggota pasukan polis di Padang Besar Kuantan dihadiri oleh DYMM Sultan Pahang Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazam Shah.
Sempena dengan perayaan pengisytiharan ibu negeri Pahang, Sultan Pahang juga telah merasmikan pembukaan bangunan pejabat-pejabat kerajaan.
No comments:
Post a Comment