Friday, August 31, 2012

31/8: PENGISYTIHARAN TANAH MELAYU MERDEKA

31-08-1957
Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang Pertama, telah mengisytiharkan kemerdekaan tanahair dari penjajahan Inggeris berdasarkan kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. 
Perisytiharan itu dibuat di Stadium Merdeka dihadapan 20 ribu rakyat jelata dan raja-raja Tanah Melayu  serta perwakilan dari 30 buah negara-negara Komenwel dan negara-negara  asing  lainnya. Di akhir  pengisytiharan tersebut Tunku melaungkan  'Merdeka' sebanyak tujuh kali  dan disambut dengan bergemuruh oleh rakyat  yang hadir. Serentak dengan itu  lambang perpaduan  dan keutuhan  bangsa dan kedaulatan negara, iaitu bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan diiringi oleh lagu Kebangsaan 'Negaraku' yang buat pertama kalinya diperdengarkan, seterusnya diikuti pula dengan suara azan  dan tembakan  meriam seratus satu das, bergema di angkasa.


No comments:

Post a Comment