Thursday, August 30, 2012

30/8: PERASMIAN STADIUM MERDEKA

30-08-1957


Ketua  Menteri  Persekutuan  Tanah  Melayu, Tunku  Abdul  Rahman  Putra  telah  mengisytiharkan  pembukaan Stadium  Merdeka.  Turut  serta  hadir  pada  upacara  tersebut  ialah  Pengerusi  Lembaga  Pengawalan  Stadium  Merdeka,  Dato’  Abdul  Razak  Hussein.  Pada  hari   tersebut  Stadium  Merdeka  bergema  dengan  sorokan  lebih  15,000  hadirin  termasuk  pelajar-pelajar  sekolah,  700  orang  tetamu kehormat dan ahli-ahli sukan dari lapan  negara luar. Upacara tersebut juga diserikan dengan pertunjukan acara padang oleh 1,000 orang kanak-kanak sekolah dengan iringan pancaragam Askar Melayu Diraja.




Kerja-kerja  pembinaan  Stadium  yang  bernilai  sebanyak  $2.3   juta  ini  telah  dimulakan pada  25  September  1956 dan perletakan  batu  asas  Stadium ini  telah  disempurnakan  oleh Tunku  Abdul  Rahman  pada  15  Februari  1957.  Pembinaan  Stadium  ini  telah  siap  pada  21  Ogos  1957  dan  pengendaliannya  telah  diserahkan kepada Lembaga Penguasa (Board of Control).  

No comments:

Post a Comment