Thursday, August 30, 2012

30/8: UPACARA PENURUNAN BENDERA UNION JACK

30-08-1957

Bendera Inggeris 'Union Jack' telah diturunkan di Padang Bandar Hilir, Melaka. Upacara penurunan bendera dilakukan tepat pada pukul 6.30 petang, iaitu lebih awal dari tempoh berakhirnya pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu yang sepatutnya bermula pada tengah malam. Upacara penurunan bendera itu disaksikan oleh Residen Commisioner Inggeris di Melaka, Encik H. G. Hammett, bersama-sama dengan beribu-ribu rakyat jelata.
Penurunan bendera telah dilakukan oleh dua orang anak kapal dari kapal perang H. M. S. Saint Brides Bay, kemudiannya diserahkan kepada Residen Commisionar Inggeris, Encik Hammett. Penyerahan bendera "Union Jack" kepada En. Hammett itu melambangkan berakhirnya penjajahan Inggeris di Tanah Melayu.

No comments:

Post a Comment