Friday, August 31, 2012

31/8: PENGISYTIHARAN RUKUN NEGARA

31-08-1970

D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni  Almarhum  Sultan  Zainal  Abidin telah berkenan mengisytiharkannya  Rukun  Negara  pada  upacara  bersempena  dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-13. 

Rukun Negara dirangka hasil perundingan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), mengandungi lima prinsip yang menjadi kunci perdamaian antara kaum, bertujuan mencapai kemajuan bangsa. 

Lima prinsip tersebut ialah; 
Kepercayaan kepada Tuhan, 
Kesetiaan kepada Raja dan Negara, 
Keluhuran Perlembagaan, 
Kedaulatan Undang-Undang,  
Kesopanan dan Kesusilaan.  

Ia diperkenalkan sebagai pengikat dan pembina perasaan semangat cintakan negara di kalangan rakyat. Berikutan itu juga segala aktiviti dan acara menyambut kemerdekaan negara pada tahun 1970 ini telah diisi dengan persembahan yang berteraskan Rukun Negara. 

No comments:

Post a Comment