Monday, September 10, 2012

10/9: MESYUARAT PERTAMA JEMAAH MENTERI

10-09-1957


Jemaah  Menteri  Persekutuan  Tanah  Melayu  telah  mengadakan  mesyuarat  yang pertama  di  Majlis  Undangan  Persekutuan,   Kuala  Lumpur.  Dalam  mesyuarat  ini,  buat pertama kalinya   pemimpin-pemimpin  tempatan  telah  mengambil  alih  tempat  pegawai-pegawai   Inggeris.  Mesyuarat  ini  telah  dipengerusikan   oleh  Perdana  Menteri,  Tunku Abdul  Rahman.  Mesyuarat  yang  berlangsung  selama  dua  jam  ini  telah membincangkan   peraturan  baru  yang  perlu  dipatuhi  oleh  para  menteri.  Dalam kabinet ini, semua  ahli  terdiri  daripada  menteri  yang  menjadi  pemimpin  Perikatan  UMNO-MCA-MIC   yang  memenangi  Pilihanraya  Umum  1955  kecuali  Col. H. S. Lee.  Beliau merupakan Menteri  yang  tidak  terpilih  melalui  pilihanraya  tetapi  diserahkan  portfolio sebagai  Menteri  Kewangan.  

No comments:

Post a Comment