Tuesday, September 11, 2012

11/9: Serangan World Trade Centre New York

11-09-2001

Berdasarkan berita informasi yang dikuasai oleh US, berlakunya empat siri serangan berani mati yang dikenali sebagai 9/11 yang diatur oleh al-Qaeda dan Osama Laden ke atas Amerika Syarikat. Pihak US menuduh para perampas al-Qaeda sengaja menghala dua pesawat melanggar ke dua-dua Menara Berkembar World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia), sekaligus mengorbankan nyawa semua penumpang dan kebanyakan pekerja dalam bangunan tersebut.
Mereka juga menghempaskan kapal terbang ketiga ke bahagian yang sedang dalam pembinaan di bangunan Pentagon di Arlington, Virginia, dekat Washington, D.C.
Manakala kapal terbang yang keempat pula terhempas di atas kawasan berdekatan pekan Shanksville, Pennsylvania setelah beberapa penumpang dan kakitangannya dikatakan cuba merampas semula kapal terbang itu  yang dihalakan oleh perampas ke arah Washington, D.C., untuk mensasarkan Rumah Putih.

Pada 08:45, hari selasa itu, kapal terbang American Airlines Boeing 767 yang dimuatkan dengan 20,000 gelen minyak melanggar tingkat 80, menara utara di Pusat Dagangan Dunia di New York City.

Kemudian, 18 minit selepas itu, sebuah lagi kapal terbang Boeing 767 - United Airlines Penerbangan 175 - muncul dan melanggar menara satu lagi (menara selatan) di tingkat 60. Perlanggaran menyebabkan letupan besar-besaran.

Kedua-dua menara runtuh dalam masa dua jam, menyebabkan bangunan berdekatan turut musnah atau mengalami kerosakan.

Semua penumpang keempat-empat pesawat terkorban. Seramai 3,000 mangsa dan kesemua 19 perampas terkorban dalam serangan.

No comments:

Post a Comment