29-08-1970
Biro Bantuan Guaman Malaysia telah dirasmikan oleh Peguam Negara,
Tan Sri Abdul Kadir bin Yusuf.
Biro Bantuan Guaman ini ditubuhkan untuk memberi
khidmat bantuan guaman dan nasihat undang-undang serta perwakilan mahkamah
dengan percuma ataupun dengan bayaran yang rendah kepada mereka yang layak menerimanya
di bawah Skim Bantuan Guaman. Bantuan Guaman ini hanya boleh
diberikan kepada :-
- Kakitangan Kerajaan yang menghadapi kes-kes perbicaraan undang- undang yang berhubung dengan tugas-tugas rasmi.
- Orang-orang miskin, dan
- Orang-orang yang menghadapi tuduhan atas kesalahan jenayah yang boleh dihukum bunuh.
Kes-kes
yang dikendalikan oleh Biro ini termasuklah;
- Tuntutan Nafkah,
- Perubahan Perintah Nafkah,
- Tindakan Sivil Gantirosak kemalangan Jalanraya,
- Cerai,
- Jagaan Kanak-kanak,
- Harta Sepencarian,
- Pembahagian Harta Pesaka Kecil,
- Pampasan Pekerja,
- Tuntutan Pengguna, Hak dan tanggungan di bawah Ordinan Pemberi Pinjam Wang,
- Hak dan Tanggungan di bawah Akta Sewa Beli (Hire Purchase),
- Sewa Menyewa (Tenancy),
- Hak dan tanggungan di bawah Akta Penanam Padi,
- Pengakuan Salah Dalam Perbicaraan Jenayah dan,
- Pelbagai Nasihat Guaman.
No comments:
Post a Comment